Runsing setiap kali mendengar rungutan mak bila hendak bersolat setiap hari. Sakit lutut yang dialami mak ayah kita adakalanya buat hati kita jadi tak tenang nak bekerja. Sebagai anak pasti kita nak pulihkan masalah ni dengan cepat. Bimbang mak sakit berlarutan.

Ada baiknya anda mencuba petua yang diberikan ini untuk mengatasi masalah mak kita di kampung. Sediakan untuknya dan minta dia amalkan setiap hari. Macam mana? Jom cuba petua yang diberikan ini. Amalan minum jus ini insyaallah masalah sakit lutut akan pulih dengan sendirinya.

 

Bahan–bahan:

1 ketul halia

1 cawan air

Sedikit perahan jus lemon

Sedikit madu

 

Cara-cara:

1. Tumbuk halia hingga hancur kemudian bancuh dengan satu cawan air.

2. Masukkan air halia ke dalam periuk dan didihkan selama 10 minit.

3. Selepas 10 minit, angkat dan tapiskan air halia yang dididihkan tadi.

4. Tuang ke dalam gelas dan masukkan sedikit jus lemon ke dalam air halia.

5. Kemudian masukkan 1 camca teh madu ke dalam campuran air halia dan jus lemon. Kacau hingga sebati.

6. Sedia untuk dinikmati.

Apa yang patut anda buat adalah mengamalkan 2 hingga 3 cawan setiap hari hingga sakit lutut hilang. Sebaiknya terus sahaja diminum air ini ketika masih suam dan jangan tunggu hingga ia sejuk. Amalkan hingga masalah sakit lutut reda.

 

Selamat mencuba.

 

Sumber & Foto: Azliza Talib